LIRIK

Lirik Lagu Tiada Jodoh Antara Kita – Ziana Zain

Lirik.my membawakan kepada anda Lirik Lagu Tiada Jodoh Antara Kita – Ziana Zain



Mungkin ada rahmatnya
Kita tidak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapanmu
Dihujung pertemuan

Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku yang menarik
Bukan lagi tanganmu

Tak guna mendustai
Pada diri sendiri
Sedangkan rindu itu
Sering mengganggu
Salah usah dicari
Seharusnya berdua
Kita menghadapi menanganinya

Pada zahir tidak terlihat
Ada garis yang terbentang
Tapi batinku sering berkata
Biar ada batasannya

Walau tidak di sini
Cinta kita bersemi
Berkat keyakinanku
Dan doa ku pohonkan
Moga diperkenankan
dipertemukan
Suatu masa nanti

~ Muzik ~

Tak guna mendustai
Pada diri sendiri
Sedangkan rindu itu
Sering mengganggu
Salah usah dicari
Seharusnya berdua
Kita menghadapi menanganinya

Pada zahir tidak terlihat
Ada garis yang terbentang
Tapi batinku sering berkata
Biar ada batasannya

Walau tidak di sini
Cinta kita bersemi
Berkat keyakinanku
Dan doa ku pohonkan
Moga diperkenankan
dipertemukan
Suatu masa nanti
Suatu masa nanti..oh..oh

Lirik Lagu Tiada Jodoh Antara Kita - Ziana Zain
~ Tamat Lirik Lagu Tiada Jodoh Antara Kita – Ziana Zain ~
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Lukhman S.

Disclaimer : Lirik Lagu Tiada Jodoh Antara Kita – Ziana Zain

Pihak kami telah cuba untuk mendapatkan lirik yang betul untuk lagu di atas, namun kami tidak menjamin ketepatan lirik tersebut.

Hakcipta setiap lirik lagu adalah hakmilik syarikat rakaman, artis dan penulis lirik tersebut. Setiap lirik yang terdapat di dalam laman web Lirik.my adalah untuk tujuan pembelajaran sahaja, dan tidak melibatkan sebarang bentuk penjualan atau perdagangan yang melibatkan pengambilan untung. Tiada juga pautan untuk memuat turun lagu. Sekiranya ada pihak pemilik hakcipta yang ingin menuntut agar mana-mana lirik dihapuskan dari laman web Lirik.my, sila kemukakannya melalui halaman DMCA Policy kami. Terima kasih.

Dimasukkan oleh

lirik.my

SHARE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PENAJA