LIRIK

Lirik Lagu Rahsia Semalam – Ziana Zain

Lirik.my membawakan kepada anda Lirik Lagu Rahsia Semalam – Ziana Zain



Seandainya dapat ku ulangi
Semalam yang penuh bererti
Kan ku cuba sedayanya
Agar cinta ‘kan bersemi

Akan kusulam renda pelangi
Ku jadikannya cindai sutera
Penyeri jendela kamarmu
Biar alam termangu

Tak akan aku biarkan
Malapnya kerdipan
Sinaran bintang di langit
Teman tidurmu
Akan ku pancarkan
Kilauan mutiara
Disaksikan bulan pernama

Akan ku bait puisi syahdu
Diiringi senandung rindu
Ditinta emas terukir namamu
Namaku bersatu

Untuk apa dirindui
Bulan yang tinggi
Sedangkan di bumi
Masih tak ku kenali
Dalam hati ini
Rahsiaku tersimpan
Melayari bahtera impian

~ Muzik ~

Tak akan aku biarkan
Malapnya kerdipan
Sinaran bintang di langit
Teman tidurmu
Akan ku pancarkan
Kilauan mutiara
Disaksikan bulan pernama

Untuk apa dirindui
Bulan yang tinggi
Sedangkan di bumi
Masih tak ku kenali
Dalam hati ini
Rahsiaku tersimpan
Melayari bahtera impian

Lirik Lagu Rahsia Semalam - Ziana Zain
~ Tamat Lirik Lagu Rahsia Semalam – Ziana Zain ~
Komposer : Johari Teh
Penulis Lirik : Aryan

Disclaimer : Lirik Lagu Rahsia Semalam – Ziana Zain

Pihak kami telah cuba untuk mendapatkan lirik yang betul untuk lagu di atas, namun kami tidak menjamin ketepatan lirik tersebut.

Hakcipta setiap lirik lagu adalah hakmilik syarikat rakaman, artis dan penulis lirik tersebut. Setiap lirik yang terdapat di dalam laman web Lirik.my adalah untuk tujuan pembelajaran sahaja, dan tidak melibatkan sebarang bentuk penjualan atau perdagangan yang melibatkan pengambilan untung. Tiada juga pautan untuk memuat turun lagu. Sekiranya ada pihak pemilik hakcipta yang ingin menuntut agar mana-mana lirik dihapuskan dari laman web Lirik.my, sila kemukakannya melalui halaman DMCA Policy kami. Terima kasih.

Dimasukkan oleh

lirik.my

SHARE

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PENAJA