Saloma

BIODATA ARTIS

Tarikh Lahir : 22/01/1935 (Umur 48)
Tempat Lahir : Pasir Panjang, Singapura
Pekerjaan / Karier : Penyanyi, Pelakon, Model
Genre : Pop, Irama Malaysia

Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail, AMN atau lebih dikenali sebagai Saloma (22 Januari 1935 – 25 April 1983) merupakan seorang penyanyi Singapura-Malaysia dan bintang filem yang popular sekitar tahun 1950-an hingga awal 1980-an. Beliau dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura. Beliau merupakan adik kepada seniwati Mariam Ismail (yang lebih dikenali sebagai Mariani). Selain itu, beliau juga adalah kakak seayah kepada penyanyi dan pelakon Aminah Ismail (yang lebih dikenali sebagai Mimi Loma). Saloma merupakan isteri ketiga kepada pengarah, penerbit, pelakon filem, komposer dan penerbit Tan Sri Datuk Amar P.Ramlee. Di awal permulaan kariernya, Saloma terkenal melalui nyanyian menerusi filem-filem yang diterbitkan pada tahun 50’an. Filem pertama lakonannya adalah Azimat (1958) diikuti oleh filem Kaki Kuda (1958). Sejak itu, Saloma mula berlakon dalam pelbagai filem antaranya ialah Seniman Bujang Lapok (1961), Ragam P. Ramlee (1964) dan Ahmad Albab (1968).

FOTO ARTIS

ALBUM

PENAJA

error: Content is protected !!